PETALING JAYA: Seorang ahli farmasi yang berasal dari Malaysia, menghadapi pertuduhan 'mer0g0l seorang wanita menggunakan jari' (digital rape), ditangkap ketika cuba melarikan diri dari Australia, menurut Herald Sun.
Suspek, Kuang King Tan telah menempah tiket sehala selepas ditemubual
oleh polis tetapi ditahan di Lapangan Terbang Melbourne dan kemudian
mengaku bersalah atas kesalahan itu.
King Tan telah didakwa menyerang mangsa berusia 22 tahun apabila wanita
itu sedang mengambil preskripsi dari Union Pharmacy di pusat bandar
Melbourne.
King Tan menjemputnya ke pejabat dan meminta untuk melihat ruam di atas perut, belakang dan bahagian sulitnya.
Dia didakwa mer0g0l selepas wanita perempuan melaporkan kejadian itu kepada doktor.
King Tan yang pernah bekerja di sebuah hospital di Malaysia, memberitahu
polis dia percaya doktor sering menetapkan ubat yang salah dan sebagai
seorang ahli farmasi dia perlu memeriksa pesakit.
Dia mendakwa bahawa dia telah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan bahagian payudara, punggung dan kemaluan pesakit perempuan.
Dia kemudiannya telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, 300 jam
kerja-kerja kemasyarakatan yang belum dilaksanakannya dan arahan
pemulihan komuniti selama tiga tahun.
"Adalah jelas bahawa wanita itu sudah tertekan dengan ruam di badan yang
memalukan dirinya dan kemudian mengalami trauma apabila anda 'secara
digital' mer0g0lnya," kata Hakim Frances Hogan kepada King Tan.
Hogan berkata hukuman itu boleh dianggap sebagai "salah satu yang luar
biasa dan ringan oleh sesetengah orang bagi sesuatu kesalahan serius
seperti r0g0l", tetapi beberapa faktor telah diambil kira.
Hakim menjelaskan bahawa ini adalah kerana King Tan mengalami Gangguan
Penyesuaian dengan kebimbangan dan kemurungan, mempunyai ketidakmatangan
sosial yang luar biasa dan tidak mempunyai pengetahuan seksual.
Sumber : mStar Online
0 Response to "Warga Malaysia Di Melbourne Dipenjara Perk0sa Wanita Guna Jari"
Post a Comment