Bekas Ratu Cantik Thailand Masih Muda Dan Jelita Pada Usia 67 Tahun

Pada tahun 1965, Apasra Hongsakula mewakili Thailand dalam pertandingan Miss Universe. Beliau adalah wanita pertama dari negaranya yang memenangi gelaran itu. Dan beliau juga mungkin boleh mengulangi kejayaan itu pada hari ini. 

Menurut perkongsian dari sebuah blog, Foto terbaru menunjukkan Apasra Hongsakula hanya ‘berubah’ sedikit walaupun beberapa dekad berlalu. Pada usia 67, beliau masih kelihatan muda dan jelita seperti langsung tidak dimamah usia.



Wanita pertama dari Thailand yang memenangi pertandingan Miss Universe.



Terdapat juga khabar angin mengatakan beliau pernah menjalani pembedahan plastik. Walau bagaimanapun, jurucakap beliau menafikan khabar angin tersebut dan mengatakan hanya satu perubahan yang dilakukan terhadap diri beliau iaitu meluruskan rambutnya yang berombak.



Pada masa kini Apasra Hongsakula menjalankan perniagaan spa. Sudah pasti beliau dapat membantu pelangganya untuk jadi cantik seperti beliau.

0 Response to "Bekas Ratu Cantik Thailand Masih Muda Dan Jelita Pada Usia 67 Tahun"

Post a Comment