Report : Pengguna Android Lollipop Memberi Amaran Hadapi Masalah Selepas Menaik Taraf ke Android 5.0


Android 5.0 Lollipop memperkenalkan ciri-ciri baru dan menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih baik dari sebelumnya. Beberapa pengeluar telah bergegas untuk menjadi antara yang pertama untuk "roll it out" untuk peranti mereka, dengan Nvidia, Motorola dan LG mengalahkan Google sendiri untuk pelancaran yang terawal.

Walaupun hebat di perkatakan mengenai ciri-ciri dan penambahbaikan yang terdapat pada Android 5.0 Lollipop, beberapa pengguna atau pemilik peranti Android Lollipop yang terawal menaiktaraf versi Android mereka ke Android 5.0 Lollipop memperingatkan kepada pengguna Android yang lain supaya mereka tidak segera menaiktaraf untuk seketika kerana di laporkan menghadapi masalah selepas menaiktaraf. Isu-isu yang timbul telah menarik kritikan dari kebanyakan pengguna terawal untuk versi Android tersebut.

Sesetengah pengguna melaporkan masalah WiFi dan isu-isu audio, sementara aplikasi yang dibina dengan Adobe Air telah hilang dari peranti Nexus dan tidak dapat untuk dipasang semula. Pengguna Nexus 7 tablet juga melaporkan prestasi peranti mereka menjadi lambat setelah menaik taraf ke Android 5.0.

0 Response to "Report : Pengguna Android Lollipop Memberi Amaran Hadapi Masalah Selepas Menaik Taraf ke Android 5.0"

Post a Comment