Pasukan Negeri Sembilan Daftar Senarai Pemain Musim 2015


KUALA LUMPUR – Barisan pemain pasukan Negeri Sembilan untuk aksi Liga Malaysia musim depan akan diumumkan pada 6 Disember ini di Centre Court Paroi.
Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua pemain Skuad Liga Primier Hobin Jang Hobin 2015 telah didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
“Alhamdulillah kesemua pemain Skuad Liga Primier Hobin Jang Hobin musim 2015 telah berjaya didaftarkan di FAM pukul 10.30 pagi ini.
“Mendahului dua hari sebelum tarikh tutup FAM pada 5 Disember 2014,” kata kenyataan itu hari ini.
PBNS dalam pada itu memaklumkan jersi pasukan Negeri Sembilan hanya akan berada di pasaran pada hujung bulan Disember atau awal Januari 2015 disebabkan kelewatan pada pihak penaja.
Sumber : mynewshub.cc

0 Response to "Pasukan Negeri Sembilan Daftar Senarai Pemain Musim 2015"

Post a Comment