Malaysia Akan Menentang Vietnam Di Stadium Shah Alam


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa gelanggang perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam akan diadakan di Stadium Shah Alam.
Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin Mohd Amin, keputusan dibuat selepas penilaian padang Stadium Nasional Bukit Jalil mendapati padang stadium itu tidak sesuai untuk digunakan pada perlawanan berkenaan.
Dalam pada itu, Hamidin turut mengumumkan harga tiket bagi perlawanan separuh akhir itu iaitu RM40 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.
Tiket perlawanan itu akan mula dijual secara online bermula hari ini pada pukul 9 pagi tadi dan hanya empat keping tiket dibenarkan untuk satu pembelian.
Tiket menyaksikan perlawanan itu akan turut dijual di stadium bermula Jumaat ini.
Malaysia akan melayan kunjungan juara Kumpulan A Vietnam pada perlawanan separuh akhir selepas menduduki naib juara dalam Kumpulan B.
Pasukan Harimau Malaya pada awalnya memulakan kempen Piala AFF Suzuki dengan hambar bagaimanapun menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menewaskan Singapura 3-1 sekaligus layak ke separuh akhir. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Malaysia Akan Menentang Vietnam Di Stadium Shah Alam"

Post a Comment