Tokyo: Seorang
wanita berusia 29 tahun menuntut cerai daripada suaminya kerana
suaminya tidak sefahaman mengenai filem animasi Disney, Frozen.
Menurut laporan,
seorang lelaki berusia 31 tahun yang tidak mendedahkan namanya menulis
dalam forum nasihat perkahwinan Jepun dipanggil "Kikonsha No Hakaba"
atau dalam Bahasa Malaysianya "Makam Orang Sudah Berkahwin" bahawa
isterinya mengugut untuk meninggalkan beliau selepas beliau mengaku
kepadanya bahawa dia tidak begitu terpesona dengan filem animasi
"Frozen" seperti isterinya.
"Jika anda tidak
boleh memahami apa yang menjadikan filem ini hebat, ada sesuatu yang
tidak kena dengan anda sebagai seorang manusia!" cerita lelaki itu apa yang diperkatakan isterinya kepadanya.
Beliau mengatakan
isterinya telah berpindah keluar sejak persengketaan itu dan hanya akan
berkomunikasi dengannya melalui ibu bapa mereka.
Sumber : ejeninfo.blogspot.com
Sumber : ejeninfo.blogspot.com
0 Response to "PELIK!! Isteri Tuntut Cerai Daripada Suami Kerana Filem "Frozen".. "
Post a Comment