Harga Baru Tambang Bas berkuatkuasa 15 Mei 2015


Selain dari kenaikan tambang teksi dan kereta sewa, bas ekspres juga terdapat kenaikan untuk perjalanan seluruh negara antara RM4.60 sehingga RM11.00 berkuatkuasa 15 Mei 2015

Sebelum ini, tambang bagi satu kilometer bagi perjalanan bas adalah 9.3 sen, kini ia meningkat kepada 11.4 sen menjadikan kenaikan keseluruhan sebanyak 2.1 sen.

Misalnya, tambang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, sebelum ini RM38.50, kini meningkat ke RM47.00.

Manakala, dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pula, RM42.80 berbanding tambang sebelum ini RM35.00.

Lain-lain kawasan yang terlibat dengan kenaikan tambang bas ini adalah Kangar, Kota Bharu, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kuantan dan Ipoh..

Menurut SPAD, kenaikan tambang bas ini memberi jaminan pengurusan lebih baik termasuk penyelenggaraan, pemanduan cekap, pemantauan kelajuan dan kebersihan kenderaan.

Sumber : www.astroawani.com

0 Response to "Harga Baru Tambang Bas berkuatkuasa 15 Mei 2015"

Post a Comment