Pesawat MAS Dari Kuching ke Miri Dilencong


Miri: Sebuah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke Lapangan Terbang Miri terpaksa dilencongkan ke Bintulu dipercayai akibat cuaca buruk.

Pesawat Penerbangan MH2564 berlepas dari LTAK pada 12.35 tengah hari dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Miri, sejam selepas itu.

Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki ruang udara Miri, penumpang dimaklumkan kapten penerbangan bahawa pesawat terpaksa dilencongkan ke Bintulu akibat cuaca buruk.

Difahamkan pesawat terbabit turut membawa Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman yang dijadualkan menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berkaitan kes rampasan syabu seberat 115.80 kilogram (kg).

Pesawat bagaimanapun selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu. Sehingga berita ini ditulis, pihak pengurusan MAS masih belum membuat perjadualan semula penerbangan pesawat itu ke Miri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 3:13 PM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 3:13 PM - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14104#sthash.Yu7F2N7n.dpuf
Sumber : Harian Metro

0 Response to "Pesawat MAS Dari Kuching ke Miri Dilencong"

Post a Comment