Kecoh Isu Bayaran Amelina Didakwa Mahal ‘Gila’!


Nampaknya rata-rata peminat hiburan tanah air tidak sabar menanti kemunculan ratu dangdut Malaysia, Amelina untuk kembali beraksi di atas pentas.
Sayangnya, dalam kehebohan penyanyi ingin kembali muncul pula dakwaan yang tidak enak untuk didengari kononnya pengurusan selebriti itu mengenakan bayaran tinggi terlalu tinggi hingga mencecah puluhan ribu ringgit bagi mana-mana pihak yang ingin menempah Amelina.
Bagaimanapun, syarikat pengurusan Amelina iaitu Wake The Baby menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu harga diminta sangat bersesuaian dengan nilai pasaran artis kini.
aliza-warner-music2
Memetik laporan mStar Online, pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias menjelaskan, sebut harga yang diberikan bersesuaian mengikut nilai pasaran sekarang, apatah lagi penyanyi tersebut mempunyai nama yang kukuh dalam industri muzik sebelum ini.

“Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dahulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi,” ujarnya.
Sebelum ini terdapat khabar angin mengenai syarikat Wake The Baby yang dimiliki Liza dan suami, komposer Ajai meletakkan sebut harga yang terlalu tinggi hingga ramai membidas tindakan tersebut bakal meranapkan kerjaya seni ratu dangdut tersebut yang baru ingin kembali.
Menurut pihak syarikat Wake The Baby, pihak mereka masih belum menerima mana-mana permintaan persembahan berikutan penyanyi tersebut sendiri belum lagi bersedia.
Disamping itu, pihak pengurusan turut memberitahu kini pihaknya sudah merancang beberapa strategi untuk meletakkan semula nama penyanyi itu dalam industri hiburan tanah air.

Tak sabar nak lihat aksi dan nyanyian Amelina di atas pentas. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : KAKAK BUNGA

0 Response to "Kecoh Isu Bayaran Amelina Didakwa Mahal ‘Gila’!"

Post a Comment