Situasi pertama: Sedang syok anda menjamu selera, tiba-tiba telefon anda berdering. Bila diangkat, rupa-rupanya panggilan tersebut dibuat oleh seorang ejen insurans.
Mungkin tak nak bersifat kurang sopan, anda pun layankan si pemanggil tadi sambil makan walaupun jauh di lubuk hati, anda tak minat nak tahu pun!
Situasi kedua: Tengah sibuk bekerja, telefon anda berdering. Anda pun angkat, takut-takut bos yang telefon. Malangnya, panggilan tersebut dari bank untuk tawarkan kad kredit.
Maka, terpaksa lah anda layankan sekejap si pemanggil walaupun dalam hati, rasa macam nak mencarut je sebab banyak kerja menimbun!
Rimas dan menganggu kan? Situasi sedemikian selalunya mudah diuruskan buat mereka yang ‘berhati kering’, namun buat yang tak sampai hati, maka terpaksalah ‘tadah telinga’ untuk mendengar penerangan demi penerangan yang disampaikan si pemanggil tersebut.
Namun, situasi tersebut kini dapat dielakkan. Nak tahu caranya?
Apa yang anda perlu buat adalah menyekat nombor-nombor pihak berkenaan di telefon bimbit anda. Melalui satu laman web, anda akan mendapat satu senarai panjang nombor telefon yang diberikan individu-individu yang mengalami nasib sama seperti anda!
Dalam senarai tersebut, nombor yang disenaraikan datang dari syarikat telekomunikasi, syarikat insurans, bank malah dari syarikat pengutip hutang!
Malah, pengendali blog juga tulis ‘agresif’ kalau operator tersebut jenis yang suka memaksa!
Senarai tersebut telah mula dibuat semenjak tiga tahun lepas namun ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa, bergantung kepada individu yang memberi nombor terbaru kepada si pengendali blog.
Bila difikirkan kembali, ada bagusnya juga inisiatif yang dilakukan si empunya blog. Kadang-kadang, pengguna boleh naik rimas dengan panggilan demi panggilan yang diterima.
Tapi yelah, nak salahkan operator yang membuat panggilan tersebut juga tak boleh, sebab itu memang sudah menjadi kewajipannya untuk membuat jualan.
Nampaknya, lepas ini, pihak bank mahupun syarikat telekomunikasi kenalah lebih kreatif untuk mencari pelanggan baru dengan teknik baru! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
0 Response to "Benci Panggilan Tawar Kad Kredit? Senarai Ini Boleh Membantu"
Post a Comment