KUALA LUMPUR: Safiq Rahim mahu kecemerlangan Harimau Malaya berterusan hingga ke pentas final, dengan turut mensasarkan pencapaian peribadi kekal terpilih selaku kesebelasan terbaik AFF 2014 seperti yang di lakukan dalam edisi lalu.
Lebih bermakna jika pemain tengah itu berjaya kekalkan anugerah kesebelasan terbaik dalam edisi kali ini seiring dengan pencapaian pasukan sekurang kurangnya melangkah ke pentas final seperti yang telah di sasarkan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Safiq menegaskan, kejayaan pasukan tetap jadi keutamaan namun sekira namanya sekali lagi di senaraikan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), itu adalah penghargaan yang tidak ternilai.
Sebagai pemain profesional, dia perlu memastikan kecemerlangan kelibatnya kali ini melebihi apa yang telah dicapai dalam edisi lalu yang menyaksikan aksi Malaysia tersekat di saingan separuh akhir selepas tumpas kepada Thailand.
2012 menyaksikan penghargaan buat Safiq Rahim sebagai pemain tengah terbaik AFF bersama dengan kapten Singapura Shahril Ishak serta penyerang Thailand Teerasil Dangda.
Safiq yang turut di anggap sebagai calon terbaik selaku kapten menggantikan Shukor Adan yang digantung perlawanan, akui menerima setiap keputusan jurulatih negara Dollah Salleh dan berjanji akan memberi komitmen terbaik sebagai balasan kepada kepercayaan yang diberi.
Bagi penyokong yang berhasrat turun ke Stadium Ahad ini, tiket akan mula dijual di Stadium Shah Alam bermula Jumaat, 5 Disember. Harga bagi dewasa RM40.00 seroang, manakala kanak-kanak RM10.00.
Sumber : Astro Awani
0 Response to "Safiq sasar kesebelasan terbaik AFF 2014, mahu Harimau Malaya ke final"
Post a Comment