Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya gagal mengaum


SINGAPURA: Harimau Malaya sekadar memperoleh satu mata pada aksi pertama kumpulan B, Piala AFF Suzuki selepas terikat 0-0 dengan Myanmar, sebentar tadi.

Beraksi dengan 10 pemain selepas Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-33, Skuad kendalian Dollah Salleh itu terpaksa bertungkus lumus mengekang asakan bertubi Myanmar.

Amri Yahyah membuka peluang pertama buat negara untuk mencipta jaringan pada minit ke-41 menerusi sepakan percuma, namun berjaya dipatahkan penjaga gol Myanmar, Thu.

Thu sekali lagi beraksi cemerlang pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama selepas berjaya menepis keluar bola hasil sepakan percuma oleh Mahali Jasuli.

Minit ke-66, penjaga gol negara, Khairul Fahmi pula berjaya menepis kemas bola hasil rembatan jarak dekat penyerang lawan sekali gus menyelamatkan gawang gol negara daripada dibolosi.

Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan B, selepas ini bertemu Thailand, pada Rabu serta Singapura, Sabtu ini. - BH Online

0 Response to "Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya gagal mengaum"

Post a Comment