Seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar samseng jalanan yang cuba mencederakan mangsanya di sebuah lebuhraya.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku kepada adik rakannya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) petang tadi.
Lelaki terbabit dengan sengaja memberhentikan lorinya di tengah jalan dan kemudian menumbuk cermin kereta mangsanya sehingga pecah. Rakannya pemandu yang berbaju merah juga turut mengancam mangsa.
Bagaimanapun setelah gagal memaksa mangsa keluar dari kenderaan, mereka terus berlalu pergi.
Tidak diketahui punca sebenar kejadian. Namun, tindakan seperti ini adalah salah di sisi undang-undang dan polis wajar menahan mereka berdua di atas kesalahan membuli serta mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. - My Media Hub
Sumber : mymediahubonline
0 Response to "2 Samseng Pecahkan Cermin Kereta Mangsa Di LDP"
Post a Comment