Semalam kami siarkan luahan hati seorang pengunjung karnival Upin Ipin yang merungut akan kewajaran pihak penganjur menganjurkan event tersebut di PICC serentak dengan dua lagi event yang lain sehingga menyebabkan kesesakan dan menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung sehingga terpaksa berhimpit-himpit.
Malah semakin ramai ibu bapa tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan karnival tersebut.
Menurut Atie Rashid, karnival itu baginya tidak berbaloi langsung selain dari mendapat penat saja.
“Dahlah datang jauh-jauh, parking sesak. Nak kena naik bukit pula. Akal ada ke? Buat karnival untuk kanak-kanak tetapi tempat macam tu, berhimpit-himpit, berlaga lelaki perempuan. Kepala budak-budak disikut je dengan orang tua yang berpusu-pusu dalam hall. Setiap lima minit ada saja pengumuman budak-budak hilang parents. Parents hilang anak. Tak selamat langsung,” luahnya dengan rasa yang sangat kecewa.
Ramai pengunjung merungut dengan masalah dewan karnival yang kecil sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa berasak-asak. Ditambah pula dengan masalah parking yang sesak menyebabkan ada yang terpaksa parking di sisi jalan kaki bukit dan terpaksa juga berjalan jauh untuk menuju ke tapak karnival.
Minaret Norliati Atie, dia diberitahu ada perkhidmatan bas shuttle disediakan. Bagaimanapun, tiada sebarang kelibat bas shuttle menyebabkan dia sekeluarga terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi/bas selama 4 jam.
Screenshot rungutan-rungutan mereka yang telah mengunjungi karnival berkenaan, tersebar menyebabkan ada yang telah berhajat ke karnival tersebut terpaksa membatalkannya bagi mengelakkan terjerumus sama ke dalam masalah yang pernah dilalui oleh mereka yang telah terkena.
Umum tahu animasi UPIN dan IPIN ini punyai ramai peminat dari usia kecil hinggalah ke orang dewasa. Les Copaque sepatutnya mengadakan karnival seperti ini di ruang yang lebih luas dan terbuka dengan tempat letak kereta yang luas. Bukan itu sahaja, dari segi aspek keselamatan, Les Copaque sepatutnya menyediakan perkhidmatan perubatan sebagai langkah persediaan. Begitu juga dengan khidmat anggota keselamatan juga diperlukan bagi mengawal keselamatan anak-anak kecil.
Sumber : mymediahubonline
0 Response to "Karnival Upin Ipin, Terima Banyak Respon Negatif Dari Pengunjung"
Post a Comment