HP Keluarkan Versi baru HP Envy x2


HP telah melancarkan HP Envy x2 dengan dua pilihan saiz paparan skrin sentuh 13.3 inci atau 15.6 inci. Produk ini dikatakan mirip dengan Microsoft Surface Pro 3 yang tiba di Malaysia pada akhir Ogos 2014 yang lepas.

Secara ringkasnya, kedua dua model HP ENVY x2 13.3 inci dan HP ENVY x2 15.6 inci datang dengan pemproses Intel Core M tapi berbagai konfigurasi sama ada Core M-5Y10 atau 5Y70. Kedua duanya juga dilengkapi dengan 4 GB atau 8 GB memori dengan Windows 8.1 64 bit menjadi operasi sistem pilihan.

Model 13.3 inci mempunyai resolusi 1366 x 768 , yang boleh dinaik taraf kepada 1920 x 1080 untuk menyamai resolusi model 15.6 inci.Dari segi audio, kedua-dua model dilengkapi dengan BeatsAudio , tetapi model 15.6 inci mempunyai quad- speaker sementara model 13.3 inci hanya mempunyai dua pembesar suara.

Terdapat perbezaan spesifikasi antara kedua-dua model iaitu jenis storan. Model 13.3 inci mempunyai pilihan 128GB atau 256GB SSD atau 512GB SSD manakala model 15.6 inci hanya mempunyai pilihan untuk 500GB hibrid cakera keras.

Harga pasaran untuk HP Envy x2 adalah daripada USD 749(RM2520) untuk model 15.6 inci dan USD 799(RM2690) untuk model 13.3 inci.

Dibawah merupakan perbezaan konfigurasi diantara HP Envy x2 13.3 inci dan Microsoft Surface Pro 3 tetapi pada kadar harga yang sama.


0 Response to "HP Keluarkan Versi baru HP Envy x2"

Post a Comment