1. Colmar, France
Di kota kecil Colmar, France, terdapat rumah gula-gula yang berwarna-warni, terdapat juga perahu kecil terapung di terusan yang berbunga-bunga, kereta kecil yang bergerak di sekitar bandar. Pada malamnya terdapat pertunjukan yang diadakan setiap hari turut menjadi daya tarikan kota kecil ini.
2. Juzcar, Spain aka. Smurf Town
Pengeluar filem Smurfs telah berjaya meyakinkan 250 penduduk tempatan dari bandar Juzcar , Selatan Sepanyol, untuk mengecat semua rumah mereka berwarna biru. Disebabkan keunikan rumah yang dicat ini, aktiviti pelancongan di kota ini semakin meningkat dan sejak itu ia tidak pernah dicat semula.
3. Alberobello, Italy
Alberobello, Italy adalah sebuah kota yang mengandungi seratus rumah-rumah putih yang berbentuk kon, yang terletak di atas bukit dan dikelilingi oleh kebun zaitun yang amat indah.
4. Qaqortoq, Greenland
Selamat datang ke bandar blok Lego Greenland yang mempunyai reka bentuk yang unik dengan populasi penduduk sekitar 3,000.
5. Burano, Italy
Burano merupakan bandar aneka Itali dimana warganya harus menghantar surat kepada kerajaan jika mereka mahu mengecat rumah mereka.
Nota : Ulasan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.
0 Response to "5 Kota Kecil Tercantik di Dunia"
Post a Comment