Bapa Suruh Anak Telan 104 Kapsul Kokain Untuk Sembunyikan Dadah Tersebut



Seorang lelaki dikenali sebagai Fernando Mancilla Aguilar telah ditahan oleh pihak polis kerana didapati telah menyembunyikan dadah didalam badan anaknya supaya tidak dapat dikesan oleh pihak polis.

Beliau telah memaksa anaknya untuk menelan 104 biji kapsul kokain dan telah mendatangkan mudarat kepada anaknya.

Bagaimanapun  apa yang dilakukan Fernando itu telah terbongkar apabila anaknya yang pulang ke rumah ibunya telah mengadu sakit didalam perut dan ibunya telah membawa anaknya itu ke hospital.


Semasa dihospital doktor telah mengesyaki sesuatu dan telah menjalankan imbasan x-ray dan doktor amat terkejut apabila mendapati terdapat banyak kapsul mampat didala perut usus mangsa dan imbasan dibuat lagi dan mendapati benda itu adaah kokain yang seberat 500 gram satu kapsul.

Mereka lantas telah membuat laporan polis dan pois terus memburu Fernando dan menawarkan ganjaran USD9,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkap suspek.

Fernando akhirnya telah berjaya ditahan setelah mendapat maklumat orang ramai dan telah didakwa dengan tuduhan menyeludup dadah dan cubaan membunuh.
Sumber : Siakapkeli.com.my

0 Response to "Bapa Suruh Anak Telan 104 Kapsul Kokain Untuk Sembunyikan Dadah Tersebut"

Post a Comment