Harga Terkini Minyak RON95, RON97 Dan Diesel, Mulai 1 Desember 2014

Mulai hari ini, 1 Desember 2014, harga petrol dan diesel akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa. Menurut surat pekeliling yang tersebar di internet, dipercayai pekeliling yang diberikan syarikat IPTB(Buraqoil), harga RON95 dan RON97 turun sebanyak 4 Sen dan 9 Sen, manakala harga diesel naik sebanyak 3 Sen.

Ini menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter. Manakala RON97 pula RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen sebelum ini. Selain itu, Diesel pula mencatat kenaikan harga RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter sebelum ini.

Harga Terkini Per Liter :
RON95 = RM RM2.26
RON97 = RM2.46
Diesel = RM2.23

Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan harga baru yang diumumkan oleh kerajaan setelah pemansuhan subsidi terhadap bahan api ini.



Sumber : melvister.com

0 Response to "Harga Terkini Minyak RON95, RON97 Dan Diesel, Mulai 1 Desember 2014"

Post a Comment