HIDUP LAH UNTUK HARI INI
Tugasan pagi tadi saya interview seorg datin. Di tengah pbualan, Datuk
menyertai kami. Tanpa sedar air mata saya menakung, turun sedikit demi
sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa?
Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sangat menusuk jauh ke dalam hati
saya. Apa yang diperkatakan jelas terkena pada batang hidung saya (yang
tak berbatang pun sebenarnya).
Nasihat Datuk tersebut yang saya perlu share dengan kekawan FB:
1. Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan iPad.
2. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan
isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.
3. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
4. Jangan terlalu sibuk/gila mcari wang kerana mahukan kehidupan yang
senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah.
Berusaha tapi bukan sehingga mengabaikan yang sepatutnya.
5. Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.
6. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula
mgkn rasa macam rimas, isteri queen control dll. Pedulikan jika kawan
menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang.
Walaupun meeting, at least cakap 'saya meeting'. Jangan biarkan
panggilan tak berjawab. Sekali lagi, mungkin itu panggilan terakhir dia
buat kita.
7. Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.
8. Ketahui pakaian yang dipakai pasangan/anak-anak sebelum keluar. Ramai
yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?
9. Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu mnjadi
ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami.
Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara
tidak langsung (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama
rata. Hak dalam membuat kputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak
isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar
bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.
JANGAN INGAT KITA MASIH ADA HARI ESOK
Sumber : mymediahubonline
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "9 Nasihat Utama Buat Suami Isteri Kekal Bahagia"
Post a Comment