Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya
Bagaimanapun keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0
Anda boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut
1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s
2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan
Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran
SOALAN KESELAMATAN
- Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status
- Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon
- Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan
- Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan
- Contoh soalan keselamatan
Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan
Talian Bantuan | |
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my |
SOALAN LAZIM | JAWAPAN |
Selepas saya membuat semakan , saya mendapati status permohonan saya [Diterima] | Status ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya didaftar dan akan melalui peringkat seterusnya |
Status Permohonan Saya [Dalam Proses] |
|
Status Permohonan Saya [Lulus] | Status tersebut menunjukkan permohonan anda diluluskan atau berjaya |
Status Permohonan Saya [Tidak Lulus] | Status tersebut menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atau tidak berjaya |
Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan | Jika anda mengalami situasi ini, anda perlu berhubung terus kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda |
Permohonan saya diluluskan. Bila saya akan dapat duit BR1M |
|
Kenapa rakan, saudara mara saya sudah dapat duit BR1M tetapi saya belum lagi, permohonan saya sudah disahkan diluluskan |
|
Cara pembayaran diterima? |
|
Boleh saya tahu punca permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya | Anda boleh rujuk kepada: Antara Sebab Dan Punca Permohonan BR1M Gagal |
Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohanan saya disahkan tidak berjaya | Berkenaan perkara ini, nantikan pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana) |
Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima | Ya, pemohon atau penerima turut dimaklumkan mengenai status dan maklumat lengkap BR1M menerusi surat pemberitahuan yang akan dihantar ke alamat yang ada dalam rekod data |
Bagaimana waris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian untuk BR1M 2015 dan apakah prosedur dan dokumen yang diperlukan | Maklumat lanjut sila rujuk: Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2015 |
Saya memerlukan keterangan lanjut sebab info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M saya | Anda disarankan menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan |
NOTA PENERANGAN MENGENAI STATUS PERMOHONAN
Status | Penerangan |
Permohonan Diterima | Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar |
Permohonan Dalam Proses | Permohonan Anda Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan |
Permohonan Lulus | Permohonan Anda Telah Diluluskan/ Berjaya |
Permohonan Tidak Lulus | Permohonan Anda Tidak Diluluskan/ Tidak Berjaya |
Sumber : http://www.mysumber.com/
0 Response to "Cara Semakan Keputusan Status Permohonan br1m 2015"
Post a Comment